PUTRAJAYA: Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat terbuka membincangkan, malah konsisten dalam memperjuangkan agenda Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Ketika sesi perbahasan perwakilan pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023, perwakilan dari Sabah, Antakor Rasam berkata PKR adalah satu-satunya parti yang meletakkan kepentingan hak Semenanjung, Sabah dan Sarawak di dalam perlembagaan parti.
Menurutnya, ini membuktikan PKR adalah sebuah parti politik yang benar-benar berjiwa Malaysia selaras dengan semangat pembentukan negara hasil gabungan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
"Selama ini MA63 seolah-olah 'disimpan' dan 'dirahsiakan'. Apabila Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri (ke-10), beliau melantik Timbalan Perdana Menteri dari Borneo (Datuk Seri Fadillah Yusof). Anwar juga segera membentuk Jawatankuasa Teknikal MA63 malah menjadi sejarah apabila Parlimen meluluskan pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia bagi membolehkan wakil kerajaan Sabah dan Sarawak dilantik sebagai Anggota LHDN," katanya.
Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 berlangsung sejak semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Menurut Fasal 5, Perkara 5.8 Perlembagaan PKR, parti itu menjunjung setia semangat kerjasama dan perkongsian kuasa secara adil antara Sabah, Sarawak dan Semenajung Malaysia dengan memperkasakan kedudukan politik dan ekonomi yang saksama mengikut kerangka MA63.
Sementara itu, menyentuh mengenai daya saing Malaysia dalam ekonomi digital, perwakilan dari Melaka, Datuk Ginie Lim berkata kerajaan perlu mengurangkan jurang digital antara bandar dan luar bandar, Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak bagi merakyatkan ekonomi digital seperti merancakkan start up dan memperbanyakkan Pusat Ekonomi Digital (PEDi).
"Masih ada 140 DUN (Dewan Undangan Negeri) belum ada PEDi dan kerajaan perlu memastikan setiap DUN diwujudkan PEDi bagi membantu usahawan mendigitalkan perniagaan secara dalam talian dan seterusnya menjana pendapatan sebanyak dua hingga lima kali ganda," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2023
Anwar dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Gambar/ Bernama
25 Ahli Parlimen, 58 ADUN Bersatu ikrar terus setia kepada parti - Muhyiddin
Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu dibuat selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.
Majikan, pekerja perlu serius pindaan AKKP berkuat kuasa hari ini
Majikan dan pekerja diingat mengambil serius dengan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2022 yang berkuat kuasa hari ini.
Skuad Inspektor 1964 rai ulang tahun ke-60 di Pulapol
Skuad Inspektor 1/1964 hari ini meraikan ulang tahun ke-60 dengan melawat lokasi permulaan kerjaya mereka sebelum bergelar pegawai polis.
Fokus Minggu Depan: Pasca keputusan SPM – Kelebihan menerokai teknologi baharu dan kecerdasan buatan
Demonstrasi di depan kedutaan AS di Jakarta nyatakan sokongan untuk Palestin
Ribuan individu berkumpul di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta Pusat menuntut keadilan dan tindakan sokongan untuk Palestin.
Bangunan AFF di Putrajaya penuh semak samun
Video tular memperlihatkan keadaan bangunan ibu pejabat itu dipenuhi semak-samun dengan sampah dan air bertakung di beberapa tempat.
Bojan Hodak julang gelaran juara liga di tiga negara berbeza
Pada musim lepas, Hodak berjaya membawa pasukan Kuala Lumpur City melangkah ke tiga perlawanan akhir.
Rexy bimbang dengan prestasi semasa Aaron-Wooi Yik
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky berasa bimbang dengan aksi goyah Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketika ini.
Misi PBB di Iraq ditamatkan selepas lebih 20 tahun
Misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Iraq akan ditamatkan pada penghujung 2025 selepas dipersetujui oleh Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Jumaat.
ISWC 2024: Tingkatkan kesedaran persaraan rakyat di sebalik tekanan kewangan
Perancangan persaraan perlu dimulakan sebaik sahaja seseorang mula bekerja untuk mendapat kesan penggandaan dividen yang optimum.
Kongres PKR: Ucapan penggulungan Anwar terganggu gara-gara tupai
Ucapan penggulungan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad terganggu seketika gara-gara seekor tupai.
Ahli PKR terhiris hati dengan pimpinan tertinggi - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui ada ahli akar umbi yang terhiris hati dengan tindakan pimpinan tertinggi kerana jarang turun padang menemui rakyat.
Pemerhati Kongres Nasional PKR 2023 meninggal dunia
Seorang pemerhati Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2023 dari cabang Batu Pahat, Samsani Ahmad meninggal dunia akibat serangan jantung pada Ahad.
PKR perkenal syiling khas sempena jubli perak tahun depan
Duit syiling peringatan khas PKR diperkenalkan bersempena sambutan ulang tahun ke-25 penubuhan parti berkenaan yang memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden parti.
Kongres PKR: 'Zaman Anwar terbuka bincang MA63'
Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat terbuka membincangkan, malah konsisten dalam memperjuangkan agenda Perjanjian Malaysia 1963.
Kongres PKR: Perwakilan minta tambah kuota jawatan naib presiden dari Sabah, Sarawak
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak mencadangkan agar parti itu meminda Perlembagaan PKR untuk menambah satu lagi kuota pelantikan jawatan naib presiden dari Sabah dan Sarawak.
PKR mesti menang PRU15 untuk selamatkan rakyat - Saifuddin
PKR membuat kongres tahunan untuk terus mengukuhkan parti dan memperkuat PH serta menjana seluruh kekuatan baharu untuk PRU15.
Kongres PKR ditunda 16, 17 Julai - Saifuddin
Keputusan dibuat selepas meneliti beberapa dapatan dan syor berhubung proses aduan terutama bagi Pemilihan Keadilan 2022.
Kisah 'Si Kitol' bukan sindiran, tapi pengajaran untuk semua - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan ucapannya pada perasmian Kongres Nasional Tahunan PKR 2019 semalam 'menyindir' Timbalan Presiden parti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Betulkan persepsi, itu dron bukan kereta terbang - Tun Mahathir
Kerajaan turut tidak memaksa mana mana pihak untuk menerima idea pembangunan terbabit.